-=[]=-ADAB MENDENGAR AZAN -=[]=-
Bismillahir-Rah maanir-Rahim ...
Ketahuilah
bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan
azan, mengakui “Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi
Muhammad Adalah Rasul Allah”.
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati.
Mengapa Kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa..?? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
“Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”.
Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata
apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang yang beragama
Islam, kita wajib menghormati azan.
Jika mendengar Lagu
Kebangsaan, kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa
ketika azan berkumandang kita tidak boleh mendiamkan diri??? Lantas
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan lidahnya
ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah”
yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNYA menjanjikan Syurga untuk mereka.
Dari
itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar