Sunnatullah
dakwah ini sifatnya penuh dengan kesukaran. Ada masa kita di atas dan
kebanyakan masa kita di bawah. Ada masa kita menerima kesenangan dan
kebanyakan masa dengan dakwah kita diuji dan ditimpa kesusahan. Dakwah
itu menjanjikan seribu kesedihan, kepenatan, dan kesukaran.
Di
jalan dakwah inilah rasulallah dicaci, dihina, dilempar dengan
batu-batu sehingga cedera tubuhnya, dilonggok najis ternakan diatas
lehernya, dibenci dan dimaki.
Di
jalan dakwah inilah Khabbab Al ‘Arat hancur daging-daging di belakang
tubuhnya kerana dibaringkan diatas bara api yang sangat panas kerana
keinginannya untuk mendakapi dakwah Rasulullah.
Di jalan dakwah inilah Zinnirah dibutakan matanya saat dia membeli kesusahan dunia demi mendapat kesenangan di akhirat dengan mempertahankan agama Allah.
Walau
seberat mana ujian yang mendatang, mereka tetap memegang berada dalam
dakapan dakwah, tetap menegakkan al haq, masih mengingati janji-janji
Allah. Biar terkorban segala nikmat dunia demi sebuah syurga Allah yang
pasti. Itu himmah mereka. Itu semangat mereka dalam mendakapi dakwah
itu. Jika bukan golongan terdahulu yang berkorban, islam itu tidak
sampai pada kita.
Dan
hari ini? Siapa yang akan menyambung perjuangan mereka? Siapa yang akan
menjadi mata-mata rantai dakwah itu? Siapa? Dia? Kau? Mereka? Atau kita
sendiri yang harus bangun?
Jika
kesenagan yang dirasai, bukan dakwah namanya. Jika kelapangan yang
dirasai, bukan dakwah namanya. Jika keseronokan yang dirasai, bukan
dakwah namanya. Kerana dakwah itu sunatullah bersifat sukar dan penuh
kepayahan.
Dan di akhirnya apa yang Allah janjikan? Apa yang Allah jaminkan buat mereka yang sanggup berkorban demi agamaNya?
“Wahai orang-orang beriman! Mahu kah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”
“(Iaitu)
kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah
dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu
mengetahui,
Nescaya
Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ketempat-tempat tinggal yang baik
di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung.”
(As Saff: 10-12)
Moga
Allah memberikan diri ini kekuatan meneruskan perjuangan ini. Kita
bekerja bukan kerana ikutan, bukan kerana paksaan, bukan kerana suruhan.
Tapi kita bekerja kerana kita sedar akan tanggungjawab kita, kita
bekerja kerana Allah.
Sungguh
benar beruntung orang-orang yang telah dipilih Allah untuk berada di
jalan Al-Haq, jalan kebenaran, jalan menyeru manusia lain kembali kepada
islam meskipun jalan ini menunut seribu pengorbanan. Tidak ada pilihan
lain melainkan tunduk dan patuh. Demi janjiNya yang pasti, Demi kasih
sayangNya yang tak berbelah bagi.
Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat),
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia
menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah
kemenangan yang besar.
( At Taubah, 9:100)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar