Assalamualikum.wr.wb
Wahai Pemuda, BANGKITLAH!!!
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah…..” (61: 14)
Berkata tentang pembela-pembela agama Allah, marilah kita menyingkap kembali sirah terdahulu pada zaman para sahabat.
Siapakah dia yang telah menjadi pejuang-pejuang agama Allah pada zaman dahulu?
Merekalah para pemuda yang kental hatinya, mantap imanny
a, sempurna akidahnya dan tidak terbuai dengan tipu daya dunia. Mereka
inilah yang telah ditarbiyah oleh Rasulullah dalam perancangan
menegakkan panji-panji islam.
Abu Bakar, lebih muda 3 tahun daripada
Rasulullah, Umar, memeluk islam pada umur 27 tahun, Ali, menerima
hidayah pada umur 10 tahun, Mus’ab bin Umair, Abdullah ibn Mas’ud, Bilal
bin Rabbah, Salman al Farisi dan berpuluh lagi para sahabat merupakan
golongan pemuda yang begitu kukuh akidah mereka hasil didikan tarbiyah
daripada Muhammad saw.
Sekarang mari kita pergi ke depan sedikit,
iaitu selepas zaman para sahabat. Siapakah pejuang-pejuang agama Allah
yang telah menegakkan ketauhidan di muka bumi ini. Dialah Salahuddin
al-Ayyubi, yang telah menakluk Jerusalem pada umur 40 lebih. Dialah
Sultan Muhammad al-Fateh, yang telah menakluk Constantinople pada umur
21 tahun.
Maka pada hari ini, mari kita bertanya pada diri kita,
siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali mendaulahkan Islam di muka bumi
ini, siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali menegakkan panji-panji
syahadah di masa depan. Adakah kita akan tergolong dalam mereka-mereka
yang menegakkan agama Islam.
Adakah pada hari ini kita sudah cukup bersedia untuk menjadi pembantu-pembantu agama Allah.
Mari kita tanya diri kita sendiri.
Adakah pemuda yang memenuhi masa lapangnya dengan movie akan dapat mencontohi Abu Bakar?
Adakah pemuda yang tidak lekang dengan lagu-lagu lagho akan dapat mencontohi Salman al-Farisi?
Adakah para pemuda yang tidur lambat kerana bermain game sama dengan
Sultan Muhammad al-Fateh yang tidak pernah terlepas solat tahajjudnya di
malam hari sesudah baligh?
Di mana tahap kita pada hari ini?
Suka saya untuk membawa beberapa hadis yang berkata tentang para pemuda,
yang sepatutnya diketahui dan diambil pelajaran oleh setiap daripada
kita:
1. Rasulullah saw bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara…masa mudamu sebelum masa tuamu” (HR al-Hakim)
2. Rasulullah saw bersabda: “ Tujuh golongan yang akan mendapat
perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada
perlindungan Allah……..pemuda yang sentiasa mengabdikan diri pada Allah
pada masa umurnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Rasulullah saw
bersabda: “ Sesungguhnya Allah sangat mengkagumi pemuda yang tidak ada
baginya masa muda( berhibur dan bersuka ria).” (HR Ahmad dan Abu Ya’la)
4. Rasulullah saw bersabda: “ Tidak akan melangkah seorang hamba pada
hari akhirat kelak sehingga ditanya kepadanya tentang 4 perkara:…..masa
mudanya, pada apa dia telah habiskan.” (HR Tirmizi)
Mungkin ada yang
di antara kita merasakan dirinya tidak perlu untuk turut sama dalam
perjuangan ini, merasakan dirinya cukup untuk sekadar memerhati. Di sini
saya mahu membawa satu perumpamaan perbezaan bagi mereka yang sekadar
memerhati dan bagi mereka yang turut bersama dalam perjuangan.
Baru-baru ini kelab Man Utd berjaya memegang takhta liga. Oleh itu saya
mahu bertanya, adakah sama perasaan para penyokong kelab itu dan Alex
Ferguson? Adakah sama perasaan mereka yang sekadar bersorak dengan
pemain kelab itu sendiri? Dan adakah sama imbalan mereka yang sekadar
memerhati permainan dan mereka yang bersusah payah memenangi perlawanan
bola itu?
Tidak sama sekali!
Perasaan mereka yang hanya memerhati akan pasti berbeza dengan mereka yang turut berjuang.
Imbalan mereka yang hanya memerhati pasti akan berbeza dengan mereka yang bersusah-payah.
Sekian terimakasih Wassalamualikum.wr.wb
Tidak ada komentar:
Posting Komentar